Sunday, July 3, 2022

Tempat transit untuk gelandangan di Miri

Secara Rawak

MIRI: Kerajaan Sarawak diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan kebajikan gelandangan dijaga.

Salah satu usaha dijalankan ialah menubuhkan Tempat Transit Gelandangan (TTG) supaya gelandangan mempunyai tempat tidur dan berteduh yang bersih serta makanan disediakan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata keputusan menggunakan bekas bangunan Jabatan Kerja Raya Miri di Jalan Kubu yang kini milik Samling sebagai tapak TTG sementara diketahui dua minggu lagi.

Menyampai sumbangan sempena Program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2022 kepada 100 penerima kurang mampu, Fatimah berharap penubuhan TTG sementara itu mampu membantu mengelak gelandangan tidur di sepanjang laluan lima kaki yang tidak bersih.

Jumlah keseluruhan penerima warga Cina di Miri bagi program itu ialah 695.

Seramai 595 penerima lain akan menerima wang tunai yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Fatimah memberitahu pusat TTG tersebut menyediakan kemudahan tandas, bilik mandi, bilik perundingan dan bilik kaunseling.

Menurut beliau, pusat tersebut juga akan menjalankan program keusahawanan sosial seperti dilakukan di pusat TTG Sibu.

Golongan gelandangan di pusat TTG katanya diberi latihan kemahiran untuk mereka menyara hidup termasuk kemahiran pertanian seperti latihan pertanian moden secara hidroponik dan fertigasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru