Tuesday, June 28, 2022

Pro kontra nama ibu kota Nusantara

Secara Rawak

KUCHING: Nama ibu kota baharu Indonesia – Nusantara – di Kalimantan Timur mendapat pelbagai reaksi masyarakat Indonesia sendiri.

Kompas.com memetik komen di media sosial berkaitan pro dan kontra nama baharu tersebut.

“Mempersatukan NKRI… jadi ya satu itu Nusantara nama yg tepat dan feel nya kuat,” tulis akaun @Sekarjayanti07.

Terdapat netizen tidak setuju dengan pemberian nama Nusantara tersebut antaranya memberi komen: “Tidak setuju dengan Nama Nusantara bukan berarti kadrun ya gaes, cuma sayang aja nama seagung nusantara, simbol keutuhan wilayah Indonesia dr sabang sampai merauke kedepan akan mengalami penyempitan makna dan hanya akan mewakili ibu kota negara (kawasan tertentu saja),” tulis akaun @dot_id_.

Menurut kamus bahasa Indonesia (KBBI) Nusantara ialah sebutan (nama) bagi seluruh wilayah kepulauan Indonesia.

Kerajaan Indonesia memilih nama Nusantara kerana perkataan tersebut sudah dikenali sekian lama dan ikonik di dunia antarabangsa.

Ibu kota Nusantara terletak di Kalimantan Timur menelan kos keseluruhan pembinaannya AS$35 bilion (RM146.74 bilion).

Presiden Joko Widodo mencadangkan nama tersebut pada Jumaat lepas yang membawa bermaksud “pulau luar” dalam bahasa Jawa lama.

Untuk bajet 2022, Jokowi memperuntukkan AS$35.8 juta (RM150 juta) untuk pembinaan Nusantara.

Menurut Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa pada mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi RUU ibu negara baharu itu di Parlimen, Nusantara
merupakan projek keutamaan Jokowi sebagai pemangkin ekonomi Indonesia.

Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No. 85 Tahun 2021 pada 9 September 2021 berkaitan Rancangan Kerja Kerajaan 2022 merangkumi lapan langkah strategik mempercepat transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru