Thursday, May 19, 2022

Mencapai impian jadi negeri maju 2030

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM48 bilion menjayakan pelbagai projek prasarana.

Beliau mahu semua agensi bawah MIPD bekerjasama menyiapkan semua projek pembangunan ini dengan sempurna.

Beliau berharap pihak kontraktor juga boleh menyiapkan kerja dengan baik dan mengikut jadual ditetapkan.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri mengambil alih portfolio MIPD daripada mendiang Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, dengan pembangunan infrastruktur ini, Sarawak selangkah lebih dekat merealisasikan impian sebagai negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030.

Bercakap pada majlis simbolik menerima dan penyerahan nota tugas menteri serta pembantu menteri kementerian, Uggah berkata jika peruntukan yang diberi digunakan sepenuhnya, ia pasti dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Menurutnya, ini tepat dengan harapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang percaya Sarawak mampu mencatat pertumbuhan 8 peratus setiap tahun selepas 2030.

Menurut beliau lagi hal ini mampu membantu negeri mencapai wawasan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Uggah meminta pegawai agensinya mengamalkan kerja berpasukan serta membuat keputusan bersama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru