Sunday, September 25, 2022

Kerbau mengamuk masuk restoran

Secara Rawak

TAIZHOU: Video yang menunjukkan penghuni restoran disondol seekor kerbau tular di media sosial baru-baru ini.

Kamera CCTV di sebuah restoran di bandar Taizhou, wilayah Jiangsu, China, merakam seekor kerbau sesat meluru masuk ke dalam restoran dan menyondol seorang pelanggan lelaki, manakala seorang lagi berjaya mengelak.

Mangsa melambung ke udara sebelum terjatuh menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.

Selepas menyerang penghuni restoran itu kerbau tersebut berlari keluar dari restoran, tetapi kembali melalui pintu lain dan terus menyondol meja dan kerusi menggunakan tanduknya, sebelum beredar sepenuhnya.

Kerbau itu mempunyai tali di lehernya menyebabkan beberapa pengguna media sosial percaya haiwan itu baru melarikan diri dari pusat penyembelihan.

Menurut newssmpr.org, pemilik kerbau itu dikatakan bersetuju memberi pampasan kepada mangsa, tetapi nasib haiwan itu tidak diketahui.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru