Saturday, October 8, 2022

Jom kita lumba bot kawalan jauh di Tasik Masja bulan depan

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan bot kawalan jauh berpeluang menyaksikan kehebatan peserta bersempena berlangsungnya Perlumbaan Bot Kawalan Jauh Tertutup Kuching 2022 pada 26 dan 27 Februari depan.

Perlumbaan anjuran Kelab Bot Kawalan Jauh Bahagian Kuching itu akan diadakan di Tasik Bangunan Baitulmakmur (MASJA), Petra Jaya.

Pengarah perlumbaan, Abang Nawawi Bolhassan Abang Dawi berkata seramai 50 peserta dijangka berentap dalam perlumbaan itu kelak.

“Dua kategori dipertandingkan sepanjang tempoh dua hari perlumbaan itu kelak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya dua kategori terbabit ialah Perlumbaan Menggunakan Bateri dan Perlumbaan Menggunakan Petrol selain turut mempunyai pecahan kategori lain mengikut kelas perlumbaan yang telah ditetapkan.

“Kami percaya perlumbaan itu kelak berupaya membangkit kembali semangat peminat sukan terbabit memandangkan hampir dua tahun acara berkenaan tidak dianjurkan ekoran pandemik Covid-19,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Abang Nawawi, perlumbaan itu dijangka lebih menarik kerana difahamkan terdapat penyertaan pelumba baharu.

Tambahnya, hadiah wang tunai menanti pemenang bagi setiap kelas perlumbaan yang dipertandingkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru