Friday, October 7, 2022

Abang Johari bincang isu keselamatan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengadakan perbincangan membabitkan isu keselamatan Sarawak bersama-sama dengan National Task Force (NTF).

Difahamkan, antara butiran perbincangan termasuk pelaksanaan Op Benteng di seluruh negeri ini.

Perbincangan berkenaan berlangsung sempena kunjungan hormat NTF yang diketuai Komandernya, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah ke Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Pada majlis sama, bekas Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad yang bertukar keluar dari NTF pada 2 November lepas turut menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan.

Pengarah Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Sophian Isswandy Ismail; Ketua Staf Operasi NTF , Dato Mohd. Yusoff Mamat dan Asisten Ketua Staf Bahagian J2 NTF , Brigedier Jeneral Dzeidee Schaff Jamaluddin turut hadir dalam majlis itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru