Sunday, May 29, 2022

Lima alasan ibu kota baharu Indonesia dibina di Borneo

Secara Rawak

JAKARTA: Mengapakah Kalimantan Timur atau Kaltim dipilih sebagai lokasi ibu kota baharu Indonesia?

Menurut detikFinance, lokasi itu dikatakan strategik kerana berada di tengah-tengah wilayah Indonesia, selain dekat dengan dua kota pendukung, iaitu Kota Samarinda dan Kota Balikpapan.

Ia mempunyai kawasan yang memadai, sekitar 180,965 hektar.

Infrastrukturnya juga lengkap dengan lapangan terbang, pelabuhan, jaringan, tenaga, dan air bersih.

Kaltim juga dikatakan memiliki tingkat risiko bencana alam paling rendah, baik dari ancaman bencana geologi, vulkanologi, hidrometereologi, dan jenis bencana ancaman lain.

Nusantara, ibu negara baharu itu adalah antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan  Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi.

Ibu kota negara 17,500 pulau  itu dianggap sebagai sebagai pemangkin untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Nusantara adalah istilah lama Jawa, yang bermaksud “pulau luar”, ia ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.

Indonesia memperuntukkan US$35.8 juta (US$1=RM4.18) dalam bajet negeri 2022 untuk pembinaan ibu negara baharu itu. Keseluruhan projek itu menelan kos US$35 bilion.

Pembinaan fizikal sebenar akan dimulakan tahun ini setelah rang undang-undang ibu negara itu diluluskan oleh parlimen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru