Tuesday, June 28, 2022

Disangka hidap tumor, rupanya ada lipas di dalam telinga 

Secara Rawak

AUCKLAND: Pada awal minggu lalu, Zane Wedding mengalami sakit telinga dan berpendapat ia berlaku selepas telinganya d masuki air.

Separuh teorinya memang betul kerana dia sedar telinganya dimasuki air semasa berenang sehari sebelumnya.

Tidak lama kemudian, andaian itu bertukar kepada pemikiran yang menakutkan kerana dia dapat merasakan sesuatu bergerak di dalam telinganya.

Wedding memutuskan sudah tiba masanya untuk melawat doktor, lapor New Zealand Herald.

Dia diberi antibiotik dan disuruh mengeringkan telinganya dengan pengering rambut.

Namun masalah sakit telinganya berterusan dan dia memutuskan mengunjungi klinik telinga.

Mulanya, doktor memberitahu dia mungkin menghidap tumor, namun setelah memeriksa lanjut dia mendapati ada serangga di dalam telinganya.

Doktor tersebut berjaya mengeluarkan lipas tersebut yang dikatakan sudah tiga hari berada di dalam telinganya.

Selama tiga hari itu juga Wedding kehilangan deria bunyinya.

Wedding berkongsi pengalaman ngerinya di Facebooknya dan turut menunjukkan foto lipas tersebut.

Dia juga menasihatkan orang ramai terus berkunjung ke hospital atau klinik jika melalui perkara sepertinya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru