Tuesday, June 28, 2022

Ayah kunci bayi comel di dalam peti sejuk

Secara Rawak

OSAKA: Polis di Osaka baru-baru ini menahan lelaki berusia 42 tahun kerana disyaki mendera anaknya selepas dia mengunci bayi berusia 2 bulan itu di dalam peti sejuk yang beroperasi pada suhu kurang 18 darjah Celsius.

Menurut polis, kejadian itu berlaku antara 15 hingga 16 April 2021 di bilik hotel di kota Fukuoka, tempat keluarga itu menginap semasa bercuti, lapor Fuji TV.

Peti ais tersebut berada di bilik mereka.

Kes itu terbongkar selepas doktor pada Ogos lalu mengesahkan bayi itu mengalami patah paha dan rusuk kirinya.

Dia menghubungi pusat rundingan kebajikan kanak-kanak yang kemudiannya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pihak polis yang melakukan pemeriksaan di kediaman suspek menemui foto dan rakaman video Nishioka mengunci bayi lelakinya di dalam peti sejuk beku.

Terdapat juga video bayi yang ditinggalkan dalam keadaan terlentang di atas meja di rumah. Tatsuji Nishioka ditahan pada awal minggu ini.

Dia dipetik sebagai berkata: “Anak saya sangat comel menyebabkan saya suka bergurau dengannya, namun tidak berniat mahu menderanya.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru