Monday, May 16, 2022

Tonga parah akibat letusan gunung berapi, tsunami

Secara Rawak

TONGA: Akibat letusan gunung api bawah laut pada Sabtu lepas, Tonga terancam tsunami menyebabkan bekalan elektrik padam dan jalur komunikasi terputus, memaksa Tonga terpisah dengan negara luar.

Ketika ini negara di Pasifik dan badan bantuan antarabangsa cuba menghulurkan bantuan.

Belum ada laporan berkaitan impak daripada kesan tsunami berkenaan.

Pesawat New Zealand, P-3K Orion berlepas dari Auckland memantau kesan bencana.

Bulan Sabit Merah menyifatkan tragedi tersebut sebagai letusan gunung api terparah dialami Pasifik sepanjang beberapa dekad terakhir.

Badan itu membantu 1,200 keluarga berupa kanvas, selimut, peralatan dapur, peralatan tempat tinggal serta peralatan kebersihan.

Tonga mungkin tidak memiliki akses air minuman bersih akibat terjangan air masin dan hujan abu gunung berapi.

Di Twitter, Setiausaha Jenderal PBB Antonio Gutteres mengatakan peiabat PBB di Pasifik sedia menghulur bantuan untuk Tonga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru