Monday, May 16, 2022

Salah guna dadah: 79 individu ditangkap di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 79 individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi pelbagai operasi termasuk Op Sarang yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek yang ditangkap terdiri daripada 68 lelaki dan 11 perempuan berumur lingkungan 20 hingga 66 tahun.

Katanya, operasi yang dijalankan pada 1 Januari hingga 14 Januari telah menyerbu beberapa lokasi iaitu Kampung Sungai Bedil Besar, Kampung Lintang, Kampung Gita, Kampung Semerah Padi, Kampung Semariang, Kampung Tabuan Hilir, Jalan Abell, Jalan Green, Jalan Nanas Barat, Jalan Ban Hock, Jalan Tun Jugah, Jalan Pisang, Jalan Hup Kee, Taman Sri Sarawak dan Queen Residence.

“Satu kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, satu kes Seksyen 39A(2) ADB 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952 (tujuh kes), Seksyen 12(2) ADB 1952 (11 kes), Seksyen 6 ADB 1952 (dua kes) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (32 kes).

“Pelbagai jenis dadah juga telah berjaya dirampas terdiri daripda 32 biji erimin 5, ganja seberat 9.11 gram dan syabu seberat 147.36 gram,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seramai 33 suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Katanya, IPD Kuching mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru