Monday, May 16, 2022

Polis Marin Sarawak rampas minyak diesel RM68,800

Secara Rawak

BINTULU: Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak merampas barangan berjumlah RM328,800 pada Khamis lalu.

Antara barangan yang dirampas termasuk  sebuah penggerak utama berwarna putih (FAW) anggaran bernilai RM250,000, sebuah semi trailer tangki warna putih  bernilai RM10,000 dan 32,000 liter minyak diesel bernilai RM68,800.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat kebenaran membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Saspek ditangkap di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit atau tanpa kebenaran khas dari pihak KPDNHEP

Kesemua barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Bintulu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru