Sunday, May 22, 2022

Perompak sempat memasak di rumah yang dirompak

Secara Rawak

GUWAHATI: Polis India berjaya menangkap pencuri yang dikatakan berehat sebentar semasa melakukan misi merompak dengan memasak “khichdi” di rumah yang dirompaknya.

Insiden itu berlaku di Guwahati dan ciapan Polis Assam menerusi akaun Twitter mereka berhubung kes itu tular di media sosial.

Pencuri memecah masuk di kawasan kejiranan Hengerabari Guwahati, selepas memastikan penghuni kediaman itu tiada di rumah.

Jiran yang sudah sedia maklum ketiadaan mereka, mendengar bunyi bising dari dapur semasa suspek mula memasak.

Mereka masuk ke rumah tersebut dan menemui pencuri itu sibuk memasak.

Menurut Timesnownews, suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru