Monday, May 16, 2022

Pengguna jalan raya terperangkap hingga dua jam dari Samarahan ke Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Ada daripada pengguna jalan raya dari Kota Samarahan ke Kuching mengambil masa lebih dua jam untuk sampai di destinasi mereka.

Hal ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya yang semakin teruk di laluan Jalan Expressway Samarahan.

Bagi menangani kesesakan itu, lima bulatan sepanjang laluan berkenaan sedang dinaik taraf, dan projek inilah sebahaagiannya menyumbang kepada kesesakan teruk itu.

Untuk itu, Menteri Pengangkutan Datuk Sri Lee Kim Shin akan mendapatkan laporan berkaitan projek berkenaan.

“Rancangan kita adalah untuk menaik taraf semua bulatan itu kepada lampu isyarat pintar,” katanya kepada media di sini,  sambil menambah lampu isyarat itu akan menggunakan kepintaran buatan.

Projek itu dirasmikan pada Okt 2020 dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan.

Selain lampu isyarat itu, untuk menangani masalah berkenaan, kerajaan negeri sedang berusaha untuk melaksanakan projek ART dan jalan raya alternatif dari kawasan Samarahan.

Untuk rekod, kesesakan jalan raya menyebabkan kerugian dari segi masa, tenaga, minyak dan produktiviti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru