Sunday, May 22, 2022

Pencuri lekat di cerobong asap

Secara Rawak

MARYLAND: Anggota bomba Maryland menyelamatkan lelaki yang terperangkap di dalam cerobong asap sebuah kediaman yang disyaki cuba dicerobohnya, lapor seorang pegawai.

Dalam ciapan menerusi Twitter mereka, jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah Montgomery, Pete Piringer berkata pihaknya menerima panggilan dari pengadu sekitar 3.30 pagi.

Seorang pegawai polis memeriksa kediaman itu tetapi tidak menemui tanda cubaan pecah masuk.

Kira-kira sejam selepas pegawai itu pulang, pemilik rumah itu terdengar bunyi seseorang mengerang dari dinding rumahnya dan menghubungi polis sekali lagi.

Setelah diperiksa, polis dan pasukan bomba mendapati terdapat lelaki yang tidak dikenali terperangkap di dalam cerobong rumah tersebut.

Piringer berkata lelaki itu ditarik keluar dari dinding sekitar 7:30 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru