Monday, May 16, 2022

DUN Johor bubar?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Adakah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam masa terdekat?

Sebelum ini Umno Johor menolak spekulasi pembubaran DUN yang dikatakan harus berlaku semalam.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Samsolbari Jamali mengaku Umno negeri tidak membincangkan perihal berkenaan.

Kerajaan negeri Johor kini dipimpin Barisan Nasional (BN), mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN susulan Adun Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia 21 Disember 2021.

BN kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), Pas (1) kesemuanya 28 kerusi.

Manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi DUN.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru