Thursday, May 19, 2022

Ditangkap amuk tendang pintu rumah isteri

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki ditahan polis kerana mengamuk dan bertindak menendang pintu rumah isterinya pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata suspek, 24, ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri kira-kira jam 5.45 pagi semalam di Tudan Sedaras.

“Suspek bertindak sedemikian di Kampung Pasir Lutong selepas isterinya tidak membenarkannya membawa dua anak lelakinya berusia enam dan lima tahun keluar,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati suspek dan isterinya tidak lagi tinggal bersama sejak Mei 2020.

Sejak itu, dua orang anak mereka tinggal bersama ibunya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru