Monday, May 16, 2022

DAP mahu bangkit  semula dalam PRU-15

Secara Rawak

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada parti selepas kekalahan teruk dalam PRN-12 pada 18 Duis lalu.

Dalam PRN itu, DAP yang mulai bertapak di Sarawak pada akhir 197-an dan memenangi tujuh kerusi pada PRN 2016, hanya menang dua daripada 26 kerusi ditandinginya, mendapat undi popular jauh lebih rendah berbanding sekitar 20 peratus dimenanginya pada tahun tersebut.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen amanatnya sempena Konvensyen DAP Sarawak semalam,  kekalahan teruk itu peratusan keluar mengundi yang rendah serta pepecahan undi antara parti calon pembangkang lain.

Terdapat hanya 60.67 peratus yang keluar mengundi daripada lebih 1.25 juta pengundi berdaftar di Sarawak dalam PRN-12.

Ada kawasan yang menyaksikan kurang daripada 50 peratus keluar mengundi.

Pertandingan pelbagai penjuru menyaksikan undi kepada pembangkang berpecah teruk sekali gus memberi kelebihan kepada GPS yang memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN.

“Tugas utama jawatankuasa negeri kini adalah untuk memenangi kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada parti,” kata Chong yang menang hanya dengan majoriti 1,198 undi di Padungan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak memperolehi 4,686 undi menewaskan tiga pencabar lain.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Wee Hong Seng gagal merampas kerusi itu dengan memperolehi hanya 3,488 undi.

Manakala dua lagi calon Raymond Thong dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperolehi 930 undi dan Lina Soo yang mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) memperolehi 193 undi.

Beliau berpindah kerusi dari Kota Sentosa dan kerusi itu telah dimenangi GPS.

“Tiga perkara perlu dibuat, pertama terus berkhidmat, kedua, penyertaan lebih ramai belia dan ketika mempergiatkan publisiti parti,” katanya.

Jelasnya, platform seperti media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube  perlu dipergiat selari dengan perkembangan semasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru