Monday, May 16, 2022

9 kes di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Sembilan kes positif baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini dengan tiada kematian baharu direkodkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, lapan daripada kes tersebut adalah dari Kategori 1 dan 2 manakala satu lagi kes dari Kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Sibu mencatatkan empat kes, diikuti Kuching (3), manakala Miri dan Bintulu masing-masing dengan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara, tiada kes kematian baharu dicatatkan setakat hari ini dan tiada kluster baharu diisytiharkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru