Friday, August 19, 2022

12 kematian termasuk satu di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,793.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Pahang mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Melaka (masing-masing dua), manakala masing-masing satu kes di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.

Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada merekodkan sebarang kes.

Sebanyak 41,199 kes aktif dilaporkan, termasuk 182 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 83 yang memerlukan alat bantuan pernafasan setakat tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,808,347 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru