Monday, May 16, 2022

Pusat Komuniti DBNA Serian bakal dibina

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah menyerahkan cek berjumlah RM4.5 juta kepada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) pusat untuk membina Pusat Komuniti DBNA Serian.

Penasihat DBNA, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, pembinaan bangunan baharu itu bagi menggantikan bangunan lama DBNA Serian yang telah dirobohkan.

Berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2022 di Kuching pada Jumaat, beliau berharap dengan peruntukan tersebut, akan mampu membina dan menyiapkan bangunan kemegahan DBNA Serian yang akan menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Presiden DBNA, Ik Pahon Joyik; Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah II merangkap ADUN Kedup, Martin Ben; ADUN Bukit Semuja, John ILus; ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada; Timbalan Pengerusi DBNA Cawangan Serian, Chali Unggang; Temenggong Henry Bujang Sendan dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru