Tuesday, August 16, 2022

Kisah wanita Melayu, Cina yang menyentuh hati

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengakui tersentuh dengan nasib yang menimpa  kes seorang wanita muda berusia 22 tahun yang masih gagal mendapat hak dan status sebagai warganegara meskipun telah mengemukakan permohonan sejak 2016 akan menyiasat kes itu.

Beliau  dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya menyatakan telah meminta pegawainya untuk menyiasat kes Rohana Abdullah yang ditinggalkan ibunya, warganegara Indonesia, ketika berusia dua bulan di sebuah tadika 22 tahun lalu.

Rohana dibesarkan guru tadika Chee Hoi Lan mengikut cara hidup Islam.

“Saya berasa tersentuh apabila dimaklumkan berhubung perkara ini pada minggu lalu dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya/

Sehingga kini, dia belum memperoleh dokumen untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan yang dipohonnya.

Menurut laporan Harian Metro,  Chee, kini 83, menjadi guru di tadika tempat ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Chee yang tidak berkahwin membesarkan Rohana dengan penuh kasih sayang mengikut sebagai orang Islam.

Kisah itu  yang menyentuh perasaan mendapat perhatian netizen dan ramai yang berharap agar Rohana mendapat status sebagai warganegara Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru