Sunday, July 3, 2022

Jumlah kes terendah di Sarawak sejak hampir dua tahun

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan hanya enam kes Covid-19 hari ini.

Ini sekali gus jumlah kes terendah pernah direkodkan sejak wabak itu melanda negeri ini pada Feb 2020.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan, jumlah keseluruhn kes kini ialah 252,600.

Katanya, lima kes direkodkan di Kuching manakala satu lagi di Sibu.

Sementara itu, katanya, satu kes kematian direkodkan yang berlaku di Hospital Umum

Sarawak membabitkan mangsa lelaki berusia 81 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru