Tuesday, June 28, 2022

Hujan lebat, beberapa kawasan di Serian dinaiki air

Secara Rawak

SERIAN: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini dinaiki air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimanayah berkata, setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka ekoran trend air menurun dan keadaan cuaca bertambah baik.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah membuat rondaan dan pemantauan di kawasan yang dilaporkan berisiko banjir.

Beliau berkata, rondaan dan pemantauan dijalankan di Kampung Krusen Siu, Kampung Hulu dan Hilir Serian pada pagi tadi.

“Rondaan yang dijalankan di Kampung Krusen Siu kira-kira jam 9.21 pagi ke 10 pagi mendapati keadaan air sungai adalah terkawal dan selamat.

“Tiada laporan kecemasan diterima semasa pemantauan dijalankan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara katanya, rondaan dan pemantauan kira-kira jam 10.27 pagi hingga 11.21 pagi di Kampung Hilir Serian mendapati terdapt kenaikkan air pada ketinggian lebih kurang setengah kaki.

Jelasnya, kenaikan air membabitkan satu lorong ke rumah penduduk dan keadaan adalah terkawal dan selamat.

“Kenderaan dapat melalui jalan tersebut dan beradasarkan keadaan semasa, ia akan surut jika tiada hujan lagi kerana masalah perparitan,” katanya.

Manakala Henderi berkata, keadaan di Kampung Hulu Serian turut terkawal dan tiada kenaikkan air kerana air sungai kian surut namun masih di tahap berjaga-jaga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru