Sunday, May 22, 2022

GPS galas tanggungjawab penuhi manifesto demi rakyat

Secara Rawak

DARO: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggalas tanggungjawab rakyat setelah memperoleh kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ia terutama memenuhi manifesto PRN-12 yang lalu.

“Oleh itu, kita menggesa rakyat agar terus memberi sokongan padu agar kestabilan negeri ini  terus dipertahan.

“Sokongan padu daripada rakyat di kawasan ini mengukuhkan semangat wakil rakyat dan lantang bersuara berhubung keperluan yang perlu dibangunkan,” katanya.

Terdahulu, Safiee menghadiri beberapa program Majlis Penghargaan dan Kesyukuran Sempena Kemenangan GPS di kerusi DUN Daro pada PRN-12.

Program bermula di Dewan Serbaguna Kampung Pangtray dan Dewan Serbaguna Kampung Tebaang, Daro dan diteruskan di ranting-ranting yang lain.

Majlis anjuran bersama-sama ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.43 Daro dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Menurutnya, penganjuran program itu sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli parti yang telah bertungkus lumus berkempen sepanjang pilihan raya lalu.

Doa selamat juga salah satu pengisian majlis ini agar segala usaha dan amanah Safiee dalam membangunkan Daro dipermudah dan Daro kekal menjadi kubu kuat Parti PBB.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru