KUCHING: Individu belum menerima suntikan penggalak (booster) Covid-19, boleh datang secara ‘walk-in’ ke Emart Batu Kawah, hari ini Ahad, 16 Januari bermula 9 pagi hingga 3 petang.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dalam catatan Facebook semalam menulis: “Demi keluarga anda dan diri sendiri, sila dapatkan vaksin penggalak. Kita perlu bersama-sama melawan pandemik Covid-19 dan lonjakan varian Omicron”.
Program vaksinasi dos penggalak anjuran Kementerian Kesihatan dan individu boleh memilih untuk menerima suntikan vaksin Sinovac atau Pfizer-BioNTech.