Sunday, May 22, 2022

Ahli KWSP benarkan pengeluaran wang 

Secara Rawak

KUCHING: Tiada alasan jika Tengku Zafrul Menteri Kewangan masih keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah garis kemiskinan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan Akta KWSP 1991, Seksyen 54 yang merupakan punca kuasa bagi pihak KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan membiayai kelangsungan hidup termasuklah bagi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini selaras mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati  ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020] dan ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A) 389/2020]

Juga, katanya, ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru