Sunday, May 22, 2022

Adun Sarawak angkat sumpah 14 Februari ini

Secara Rawak

KUCHING: Upacara angkat sumpah bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan pada 14 Feb ini.

Ini menurut Setiausaha DUN Pele Peter Tinggom selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 3, Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Sarawak.

Beliau  dalam notis persidangan DUN menjelaskan, upacara itu diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-19 di DUN Sarawak.

Persidangan itu akan diadakan dari 14 Feb hingga 16 Feb 2022 mulai jam 9 pagi setiap hari persidangan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat pertama bagi Penggal Pertama DUN Ke-19 akan diadakan di Dewan mesyuarat DUYN mulai 14 hingga 16 Feb 2022 pada jam 9.00 pagi setiap persidangan,” katanya dalam notis itu.

DUN Sarawak mempunyai 76 Adun GPS, empat Adun PSB dan dua Adun DAP susulkan keputusan PRN-12 Sarawak pada 18 Dis lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru