Sunday, November 27, 2022

1,500 orang sanggup langgar penguncian Covid-19 demi hadiri pengebumian seekor monyet

Secara Rawak

DALUPURA: Penduduk sebuah kampung di India menganjurkan upacara pengebumian besar-besaran dan majlis jamuan selepas bersedih dengan kematian seekor monyet.

Lebih 1,500 orang berkumpul di kampung Dalupura, Madhya Pradesh untuk memberi penghormatan terakhir kepada haiwan tersebut.

Rakaman video sepanjang majlis itu menunjukkan perarakan pengebumian dengan lagu-lagu pujian dilaungkan ketika orang ramai membawa jasad monyet ke tapak pembakaran mayat.

Menurut pigeonexpress, monyet itu bukan haiwan peliharaan mereka, tetapi ia sering berkunjung ke kampung tersebut.

Selepas upacara pembakaran, penduduk kampung yang terlebih dahulu mengumpul wang, menganjurkan jamuan makan untuk lebih 1,500 orang dan mengundang semua penduduk kampung ke majlis itu.

Perhimpunan itu berlaku ketika India dilanda lonjakan Covid-19 varian Omicron yang merebak pantas.

Ini bermakna perhimpunan awam yang besar dilarang.

Ekoran itu polis membuka kes terhadap mereka kerana melanggar protokol Covid-19, selain menahan dua orang penganjur upacara tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru