Thursday, August 18, 2022

Rumah dimasuki air, penduduk ambil langkah berjaga-jaga

Secara Rawak

SERIAN: Seramai sembilan individu di Kampung Tebekang Melayu, di sini mengambil langkah berjaga-jaga apabila rumah mereka dimasuki air akibat cuaca hujan sejak malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Serian Leftenan Pertahanan Awam Mohd Irwandhy Paijan berkata, dua buah rumah tersebut dimasuki air ketika anggota APM menjalankan pemantauan banjir di kawasan berkenaan kira-kira jam 9.58 pagi.

“Tiga anggota APM telah membantu untuk mengangkat barangan mangsa ke tingkat atas rumah untuk langkah berjaga-jaga,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka setakat ini dan keadaan cuaca di lokasi cerah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru