Thursday, August 18, 2022

Gangguan air di Sarikei: Projek pemasangan paip  HDPE lewat

Secara Rawak

SARIKEI: Lebih kurang 4000 isi rumah di beberapa kawasan di sini mengalami gangguan bekalan air.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan, masalah tersebut berpunca daripada kelewatan pihak kontraktor Pan Borneo untuk menyiapkan kerja-kerja penyambungan saluran paip baharu jenis HDPE bersaiz 500mm.

Sehubungan dengan itu, pihak JBALB telah mengeluarkan notis pemakluman sebagai rujukan awam sekali gus menggesa pihak kontraktor Pan Borneo untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan segera.

Antara kawasan-kawasan yang terjejas ialah Jalan KJD Meradong, Skim B, Seluruh Kawasan Pakan, Sepanjang Jalan Bulat Dari Sg. Rusa Sehingga Sg. Joh, Kesa Baron, Kesa, Jalan Onn Dian, Sg. Garan, Jalan Friendship, Jalan Cola dan Simpang Pakan.

Manakala kawasan Pekan Bintangor, Sg. Sian, Selidap, Bukit Papit dan kawasan Lebaan pula dijangka mengalami tekanan air rendah.Oleh yang demikian, pihak JBALB bahagian Sarikei dan pihak kontraktor akan melakukan penghantaran bekalan air di semua kawasan yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru