Saturday, January 22, 2022

Cadangan pembangunan ADUN Tebedu cukup menarik 

Secara Rawak

SERIAN: Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada untuk menubuhkan sebuah makmal dan membina lebih banyak jalan pertanian di Serian telah menarik perhatian tiga agensi perancangan dan pelaksana di bahagian itu.

Dalam perjumpaan pada Jumaat, tiga agensi penting bahagian Serian melibatkan Pejabat Residen, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) itu menyokong objektif serta langkah Dr Simon dalam usaha memajukan pembangunan di kawasan tersebut.

Menurut Dr Simon, penubuhan makmal seperti yang dirancang memfokuskan tumpuan terhadap golongan sasar yang mana akan merangkumi biro pendidikan, biro kebajikan, biro pembangunan infra dan biro pembangunan ekonomi.

Manakala, rancangan menambah pembinaan jalan pertanian pula bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan membuka ruang tanah yang terbiar bagi menjalankan aktiviti pertanian yang moden dan mampan.

Dr Simon dalam kunjungannya ke pejabat tiga agensi tersebut pada Jumaat turut berkesempatan mendengar taklimat daripada jurutera JKR dan DID berkaitan beberapa projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan bagi tahun 2021.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru