Saturday, January 22, 2022

Ahli Parlimen Tanjung Manis serah dana untuk pihak sekolah

Secara Rawak

TANJUNG MANIS: Sebanyak lapan buah sekolah rendah dan Sekolah Menengah bagi Zon Tanjung Manis menerima Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab bertempat di Pusat Khidmat Kuala Rajang,Tanjung Manis pada Sabtu.

Antara sekolah yang telah menerima dana tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Orang kaya Muda Pakri Paloh, SK Abang Gesa Belawai, SK Abang Buyuk Jerijih, SK Abang Galau Rajang, SK Tanjung Manis, SK Bayang Sebayang, SK Stalun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM35,000 manakala RM30,000 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai.

Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Sukan dan Kebajikan BOMBA Tanjung Manis sebanyak RM25,000 dan Sebanyak RM4,000 bagi Rumah Wakaf Kaum Ibu Belawai.

Dana untuk semua PIBG adalah sumbangan tahunan Ahli Parlimen selain membolehkan mereka menjalankan aktiviti sepanjang tahun memandangkan sesi persekolahan telahpun bermula.

Sebanyak RM260,000 sumbangan dana keseluruhan meliputi 38 buah Sekolah Kebangsaan dan tiga buah Sekolah Menengah di kawasan Parlimen Tanjung Manis merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang dan DUN Semop.

Dalam pada itu, beliau turut akan berusaha bagi membantu semua sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Manis terutamanya sekolah luar bandar yang masih daif serta memerlukan tumpuan khusus.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru