Saturday, January 22, 2022

13 kes Covid-19 di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 13 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kepada 252,594 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kategori satu merekodkan sebanyak enam kes manakala tujuh kes merupakan kategori dua.

Kes tertinggi dicatatkan di Sibu sebanyak empat kes diikuti tiga kes di Miri dan Kuching.

Manakala, masing-masing merekodkan satu kes di Bintulu, Limbang dan Lawas.

JPBN dalam kenyataan sama turut memaklumkan bahawa tiada kes kematian dan kluster baharu yang dilaporkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru