KUCHING: Rumah terbuka dan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah untuk perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini masih belum dibenarkan, sama seperti pada tahun lepas.
Selain itu, menurut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), tarian singa atau naga, sambutan di tokong atau tempat awam dan majlis sambutan atau makan anjuran persatuan turut tidak dibenarkan sebagai langkah mengekang jangkitan Covid-19.
Aktiviti yang dibenarkan termasuk hanya keluarga terdekat dibenarkan meraikannya.
Bilangan ahli keluarga dalam tempat kediaman adalah 50 peratus kapasiti mengikut saiz dan pekarangan rumah.
Kata JPBNS dalam satu kenyataan, sambutan hari pertama sajaha untuk keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
“Sambutan Chap Goh Mei hanya dalam kalangan ahli keluarga sahaja,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Bagi upacara sembahyang di rumah ibadat, wajib mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh JPBN oleh pihak Unifor, katanya.