Saturday, January 22, 2022

Salah guna dadah: Dua lelaki di Bau diberkas

Secara Rawak

BAU: Dua lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Kampung Bidi Krokong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superitenden Poge Nyaon berkata dua suspek berumur 25 dan 29 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau kira-kira 11.15 pagi.

Katanya, kedua-dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan serta cuba menyembunyikan diri daripada diberkas polis.

“Dalam siasatan awal, keduanya mengaku terlibat dalam pengambilan dadah berbahaya yang diperolehi dari rakan.

“Pengakuan suspek juga menghisap dadah di tempat lain sebelum kehadiran polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah di bawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bau untuk ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek disahkan positif dadah berbahaya,” katanya.

Jelasnya, dua orang suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah.

Beliau berkata, pemeriksaan pada tempat tersebut adalah rondaan rutin dijalankan di kawasan-kawasan kampung yang dipercayai adanya aktiviti penagihan dadah berbahaya yang harus dibenteras untuk mengelakan aktiviti ini berleluasadan hasil maklumat orang ramai.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru