Saturday, January 22, 2022

Pemandu tersepit lori terbabas langgar pokok

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki berusia 50-an tersepit di tempat duduk selepas lori dipandunya terbabas terbabas di Jalan Demak Laut, sekitar jam 2.54 petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa ditemui dalam keadaan sedar namun gagal keluar daripada kenderaan berikutan bahagian kakinya tersangkut akibat kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan lori 3 tan dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan bahagian kaki kanan mangsa yang tersepit.

“Mangsa dalam keadaan sedar berjaya dikeluarkan pada jam 3.15 petang sebelum diserahkan kepasa pihak perubatan untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” jelas kenyataan itu.

Operasi menyelamat mangsa dilaksanakan pasukan Balai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya serta beberapa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru