Saturday, January 22, 2022

Paras air naik masih terkawal

Secara Rawak

KUCHING: Mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Jeriah, Sibu setakat pagi semalam, kekal 44 orang membabitkan lima keluarga.

Tinjauan yang dilakukan menunjukkan air beransur surut di Jeriah, Barat Kampung Seduan Jaya.

PPS Dewan Kampung Jeriah dibuka petang 12 Januari menjalankan Operasi Menyelamat dan Memindahkan Mangsa Banjir bagi kawasan yang terjejas.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Negeri (Pkon), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri (APM) menyebut setakat 8 pagi hari ini, status air masih terkawal di Mukah.

Pemantauan banjir bagi Kuching, Lundu, Sematan, Kuching dan Bau dilaporkan normal dan beransur surut dengan cuaca mendung.

Di Serian air berada pada paras tebing dengan cuaca mendung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru