Sunday, June 26, 2022

Organ dalaman, petai diseludup ke Sarawak

Secara Rawak

SIBU: Pelbagai jenis makanan seperti  organ dalaman haiwan, siput sedut dan buah naga yang dianggarkan bernilai RM25, 940  gagal diseludup masuk ke Sarawak ekoran kejayaan Op Bersilang yang dilancarkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 10, PGA Sibu, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir, pelbagai barangan makanan dari negara jiran  itu cuba diseludup masuk ke Sarawak melalui laluan tikus dari negara jiran.

Katanya dalam satu kenyataan, operasi pada pukul 11 pagi semalam, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun ketika sedang memandu sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di laluan ladang kelapa sawit di Kampung Raso 1, Lundu.

”Pemeriksaan lanjut yang dilakukan menemukan,” katanya lagi.

Jelas beliau, PGA turut merampas lori berkenaan yang dianggarkan bernilai RM85,000 dan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM110, 940.

Katanya, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru