Saturday, January 22, 2022

Menteri disahkan lengkap divaksin sebelum umrah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man lengkap vaksin yang diwajibkan sebelum bertolak menunaikan umrah sekali gus menafikan kenyataan tular di media sosial.

Menurut Pengarah Urusan Multaqa al-Iman Travel Sdn Bhd  Mohd Nazri Ishak, kenyataan yang tular di media sosial berkaitan salah seorang jemaah syarikat tidak vaksin adalah tidak benar dan ia berunsur fitnah.

“Pihak syarikat memastikan semua jemaah wajib melalui proses sebagai peserta umrah atau pengembara seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam sebuah laman berita mendakwa pendakwah bebas dikenali sebagai Abu Syafiq mendedahkan terdapat individu dalam kerajaan yang turut menunaikan ibadah umrah, namun tidak mendapatkan vaksin meningococal meningitis (MM).

Menurutnya dalam laporan itu mereka termasuk Menteri Alam Sekitar dan Air.

Mohd Nazri juga berkata, syarikatnya menguruskan rombongan jemaah mengerjakan umrah seramai 26 orang yang turut disertai Tuan Ibrahim pada 19 Disember lepas.

“Pihak syarikat sudah membuat semakan dan perincian setiap jemaah berkaitan vaksin yang diwajibkan Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia seperti MM dan Covid-19,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru