Wednesday, May 25, 2022

Marahkan Internet lambat, lelaki bakar kabel Internet 

Secara Rawak

GUANGXI: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selepas membakar peralatan Internet gara-gara marah kerana taliannya lambat, lapor pihak berkuasa tempatan.

Lelaki bernama Lan, itu berada di kafe internet apabila dia tidak puas hati dengan kelajuan talian Internet.

Ekoran itu dia bertindak memusnahkan kotak awam yang mengandungi kabel rangkaian gentian optik, kata mahkamah tempatan.

Laporan mahkamah mengatakan lelaki itu “menggunakan pemetik api untuk membakar napkin miliknya dan membakar kotak telekomunikasi yang terletak di persimpangan jalan raya”.

Menurut Arynews, pegawai keselamatan awam merampas objek jenayah milik Lan iaitu sebuah pemetik api sebagai bahan bukti.

Kebakaran itu menyebabkan hampir 4,000 isi rumah dan pejabat, termasuk hospital awam, kehilangan akses Internet selama 28 hingga 50 jam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru