Saturday, June 25, 2022

Kuching pertama kali tiada kes Covid-19 sejak 2 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 13 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini dengan semuanya daripada kategori 1 dan 2.

Menurut JPBNS, ini menjadikan jumlah keseluruhan 252,581 kes setakat ini.

Katanya dalam satu kenyataan, empat kes direkodkan di  Miri dan Sibu masing-masing, Bintulu dua kes, serta Meradong, Limbang dan Beluru masing-masing satu kes.

Kuching untuk pertama kali tidak merekodkan sebarang kes sejak wabak itu dikesan pada Feb 2020.

Daerah-daerah lain tidak merekodkan sebarang kes.

Tiada kes kematian direkodkan  hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru