Saturday, January 22, 2022

KJ: Keberkesanan dos penggalak: Sarawak contoh terbaik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sarawak boleh dijadikan contoh mengenai keberkesanan pemberian suntikan dos penggalak kepada rakyat di negeri berkenaan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau melalui ciapan di Twitter, sebelum Sarawak memulakan suntikan dos penggalak pada Oktober tahun lepas, kes harian di negeri itu melebihi 3,000 jangkitan.

Katanya, kes jangkitan baharu Covid-19 di Sarawak ketika ini mencatatkan penurunan mendadak apabila berlegar di sekitar dua angka sehari.

”Kesemua petunjuk juga telah menunjukkan penurunan lebih 90 peratus sejak September,” ciap beliau.

Hari ini Sarawak merekodkan hanya 13 kes dan secara konsisten tidak merekodkan kes kematian untuk sekian lama.

Sarawak ketika itu juga mencatatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa antara yang tertinggi di Malaysia namun mengalami lonjakan kes jangkitan.

Semalam, Sarawak hanya mencatatkan 18 kes baharu dan sifar kematian manakala hari Berdasarkan data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), seramai 1.26 juta atau 62 peratus rakyat Sarawak telah menerima dos ketiga sehingga 9 Januari lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru