Saturday, June 25, 2022

Kerajaan Sarawak belanjakan lebih RM2b untuk pendidikan dalam 5 tahun

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak telah membelanjakan hampir RM2.174 bilion sejak lima tahun lepas bagi melaksanakan pelbagai program untuk  meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

Menurut Menteri Muda Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Negeri, Dr. Annuar Rapaee  kerjasama pelbagai pihak dituntut bagi memastikan negeri ini dapat Beliau kesal masih ada ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach BKPA Zon Sarawak di Dewan Jubli, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak, Kota Samarahan di sini semalam.

Contohnya,  jelas beliau, sebelum ini terdapat program yang dilaksanakan kerajaan negeri iaitu menyediakan 300 tempat untuk pelajar dari keluarga B40 dan M40 untuk melanjutkan pengajian di tiga buah universiti swasta di negeri ini iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Curtin University Malaysia dan Universiti Teknologi Sarawak,  namun menerima respons yang kurang memberangsangkan.

Dr. Annuar berkata, beliau tidak menyalahkan anak muda kerana ‘tidak berminat’ dengan peluang yang ditawarkan sebaliknya peranan yang dimainkan oleh ibu-bapa sangat penting.

“Saya boleh katakan bahawa seseorang pelajar itu akan sentiasa menjadi seorang pelajar, mereka belum mencapai kematangan dan mereka tidak akan pernah memahami apa masa depan mereka,” katanya seperti dipetik TVS.

Sehubungan itu, beliau mengesa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan berlaku peningkatan jumlah pelajar di di negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mengulas mengenai program outreach berkenaan, Dr. Annuar berkata, ia dianjurkan selepas mendapati jumlah mereka yang memohon melalui UPUOnline menurun berbanding tahun-tahun yang sebelumnya khususnya pelajar yang berada di luar bandar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru