Saturday, January 22, 2022

Kekerapan penerbangan ke Kuching, Miri, Sibu, Bintulu ditingkatkan

Secara Rawak

KUCHING: Berita yang melegakan bagi mereka yang ingin kembali ke Sarawak menjelang cuti Tahun Baharu Cina pada awal Feb ini.

Jumlah dan kekerapan penerbangan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah ke Sarawak akan ditingkatkan dari 307 ketika ini menjadi 562 mulai hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan.

Terdapat 279 penerbangan ke Kuching setiap minggu mulai hari ini, menurut laman web Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Terdapat 127 penerbangan ke Miri, 83 ke Sibu, 59 ke Bintulu, tujuh ke Mulu, empat ke Limbang dan tiga penerbangan ke Lawas.

Penerbangan itu membabitkan MAS, Airasia, MasWings dan Scoot.

Penerbangan berkenaan bertolak dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Labuan, Singapura, Pulau Pinang,

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru