Saturday, January 22, 2022

Harga  borong, runcit dua vaksin ditetapkan kerajaan

Secara Rawak

KUCHING: Pemberian vaksin adalah percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan diberikan secara sukarela kepada semua penduduk Malaysia untuk perlindungan imuniti.

Selain itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat juga boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 mengikut pilihan sendiri secara berbayar di hospital dan klinik swasta yang telah diberi kebenaran oleh kementerian itu mengikut pilihan masing-masing.

“Kerajaan mendapati harga vaksin Covid-19 yang ditawarkan di sektor swasta masih tinggi dan berbeza-beza, dan pastinya kadar tersebut akan membebankan rakyat terutama pada saat negara masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Penentuan harga vaksin Covid-19 hanya melibatkan vaksin berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah (PBKD), KKM,” jelasnya.

Untuk masa ini, jelasnya, KKM melaksanakan proses penentuan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi dua produk vaksin Covid-19 sahaja, iaitu jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm.

“Harga borong maksimum dan harga runcit maksimum bagi kedua-dua vaksin ini akan berkuat kuasa pada 15 Jan 2022 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Harga  borong Coronavac  maksimum RM62 manakala harga runcit RM77.

Harga borong Covilo ialah RM49 manakala harga runcit RM61.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru