Saturday, January 22, 2022

Gadis kecil terkuat dunia tumbangkan pokok dengan tumbukan

Secara Rawak

MOSCOW: Gadis cilik berusia 12 tahun mendapat gelaran ‘gadis terkuat dunia’ kerana kemahiran tinjunya yang mengagumkan.

Kehebatan gadis kecil itu mendapat perhatian selepas dia berjaya menumbangkan pokok dan mengemekkan pintu besi dengan penumbuknya.

Bakat istimewa Evnika Saavakass dalam bidang tinju menarik minat ramai selepas dia berjaya menumbangkan pesaingnya dengan hanya melepaskan 100 tumbukan dalam seminit melalui satu video yang tular ketika dia baru berusia 8 tahun.

Gadis kecil yang kini sudah berusia 12 tahun itu kini sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas video menunjukkan aksinya menumbuk pokok dan pintu besi tular di media sosial.

Evnika Saavakass ialah anak kepada jurulatih tinju profesional bernama Rustram Saadvakass.

Evnika berlatih tinju lima hari seminggu bersama bapa, ibu dan tujuh adik-beradiknya di Voronezh Rusia.

Menurut The Sun, latihan yang dilakukan keluarga Saadvakass diadakan di dalam hutan di sekeliling rumah mereka menggunakan pokok sebagai sasaran tumbukan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru