Saturday, January 22, 2022

ADUN Beting Maro hargai para pengundi, jentera akar umbi

Secara Rawak

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor telah mengadakan Majlis Kesyukuran di atas Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya ke-12 (PRN-12) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro di Dewan Masyarakat Kampung Beladin, Pusa pada Jumaat.

Menurut Razaili, warga Sarawak telah memberi keyakinan yang tinggi kepada pemimpin negeri ini untuk meneruskan agenda pembangunan di Sarawak.

Jelas beliau, pelbagai Inisiatif telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi memastikan kebajikan serta nasib anak Sarawak terbela.

Selain itu, jelas beliau lagi, Sarawak berpeluang mempunyai pemimpin yang terpimpin dalam memajukan Negeri Sarawak dan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pemimpin GPS bagi memastikan Sarawak terus aman dan hak- hak Sarawak terus dijaga.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam memastikan GPS meraih kemenangan besar bagi Beting Maro terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Ranting PBB dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru