Saturday, January 22, 2022

3,092 kompaun bernilai RM1.8 juta di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 3,092 kompaun terhadap individu dan 107 kompaun terhadap premis di sini dikeluarkan sepanjang tahun lepas.

Ini menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah menjadikan jumlah keseluruhan 3,199 dengan nilai kompaun sebanyak RM1.8 juta.

Kompaun itu menurut beliau dikeluarkan oleh pasukan pematuhan Op-Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi tempoh tersebut.

Jelas beliau lagi, jumlah nilai kompaun bagi individu ialah RM782,157 manakala bagi premis RM1.06 juta.

“Kesemua individu yang dikompaun terdiri daripada 2,303 lelaki dan 789 wanita,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, lima kesalahan paling kerap dilakukan ialah gagal mendaftar masuk oleh pekerja, pelanggan oleh premis melalui aplikasi Mysejahtera atau buku.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru