Tuesday, January 18, 2022

12 kematian baharu, kini 31,750 kesemuanya

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 31,750.

Daripada jumlah itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, Sabah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Johor dan Pahang (masing-masing dua) serta Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Kedah, Melaka, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kes.

Sebanyak 40,276 kes aktif dilaporkan, termasuk 198 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 93 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,798,917 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru